Amar – Bayangan Semalam

42
Amar – Bayangan Semalam
Amar – Bayangan Semalam

Chord gitar dan Lirik lagu Amar – Bayangan Semalam terbaru dan terupdate
#Amar #Bayangan #Semalam

Syla..lala..syala..la..
Seluruh renungan menjadi tangisnya
Entah dimana ,
Hanya air dibibir mata

Didalam sujudnya rayuannya panjang
Memohon ditabahkan hati
Agar mampu terus tersenyum

Dengan jiwa luhur
Kerana hidup adalah kenyataan
Moga kehilangan ini
Membangunkan diri yang terlena
Dan tidak lagi bermimpi
Hanya indah kerana yang kaburi nyata

Rintik…rintik itu adalah suara hati
Limpahan rasa yang cuma mentafsir
Makna sebuah kehilangan

Tetapi selagi ia bernama kenangan
Bayangan indahnya sesekali menyentuh hati
Walaupun kelibatnya tak lagi dipandang
Bagaikan masih terasa
Ramah hadirnya yang mesra

Dan hanyalah Tuhan yang mengerti
Makna rindu ini
Dan hanyalah kepadaNYA diadukan
Segenap keresahan
Dipohon kasih Yang Esa
Menyekat tangis yang terbit dimata

Rintik…rintik itu adalah suara hati
Dalam mencari hikmah yang tersembunyi
Di sebalik sebuah kehilangan

Rintik…rintik ini adalah suara hati
Luahan itu tiada pertemuan
Biarun akhirnya perpisahan
Akhirnya kehilangan.

Lirik :- Abai Os (Hijjaz Record Publishing)
Lagu :- Atie / Mie (Hijjaz Record Publishing)
Penerbit :- Faizal Osman
Susunan Muzik :- Eddie Marzuki
Session:Gitar :- Eddie Marzuki
HakCipta :- Hijjaz Record Sdn.Bhd